Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2:
- Bahagian A (4 soalan struktur berorientasikan eksperimen)
- Bahagian B (5 soalan struktur berorientasikan teori)
- Bahagian C (3 soalan esei)
BAHAGIAN A:- Obervation - jawapan boleh didapati terus daripada gambar rajah atau jadual yang disediakan.
- Manipulated Variables - lihat apakah yang berbeza pada gambar rajah yang disediakan atau jika pada jadual, kenalpasti ruang yang berada di sebelah kiri.
- Responding Variables - perhatikan apakah yang berubah atau hasil di akhir eksperimen. Jika terdapat jadual, ruang yang berada di sebelah kanan sekali itu adalah responding variables.
- Constant Variables - kenalpasti alat radas atau bahan-bahan yang sama sepanjang eksperimen dijalankan.
- Aim (objektif) - biasanya bermula dengan ayat 'To study.....' atau 'To investigate...'
- Graph - kalau dalam soalan tulis 'draw a graph...' maksudnya anda kena lukis graf yang biasa (sambungkan titik ke titik). Kalau 'draw a bar chart...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang berjauhan antara satu sama lain. Kalau 'draw a histogram...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang rapat antara satu sama lain.
- Relationship - Gunakan semula ayat daripada soalan. Contohnya, 'What is the relationship between the height of the seedling and time?' Jawapannya, 'When the time increases, the height of the seedling increases/decreases (bergantung kepada graf)'
BAHAGIAN B:- Untuk bahagian ini, biasanya ditanya tentang Function, State, Method, Name, Effect.
BAHAGIAN C:- Wajib jawab soalan 10 (merancang eksperimen) dan salah satu daripada soalan 11 atau 12.
- Soalan 10 biasanya diberi tentang satu pernyataan (statement) dan anda perlu menulis:
- (i) Hipotesis - Kaitkan antara manipulated variable dan responding variable.
- (ii) Aim - Mulakan dengan ayat 'To study...' dan salin daripada pernyataan yang diberikan.
- (iii) Variables - kena tulis ketiga-tiga variables.
- (iv) Apparatus and materials - kenalpasti semua alat radas dan bahan yang digunakan.
- (v) Procedure - Digalakkan melukis gambar rajah berlabel sebab ia boleh membantu mendapatkan markah.
- (vi) Data - Buat jadual yang mengandungi Manipulated variable (ruang sebelah kiri jadual) dan Responding variable (ruang sebelah kanan jadual). Ingat! Jangan isikan ruangan hasil eksperimen.
Terbaik
ReplyDelete