Friday, 11 January 2013

Tips-tips menjawab Kertas 2 Sains SPM



 Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2:

  • Bahagian A (4 soalan struktur berorientasikan eksperimen)
  • Bahagian B (5 soalan struktur berorientasikan teori)
  • Bahagian C (3 soalan esei)
BAHAGIAN A:
  • Obervation - jawapan boleh didapati terus daripada gambar rajah atau jadual yang disediakan.
  • Manipulated Variables - lihat apakah yang berbeza pada gambar rajah yang disediakan atau jika pada jadual, kenalpasti ruang yang berada di sebelah kiri.
  • Responding Variables - perhatikan apakah yang berubah atau hasil di akhir eksperimen. Jika terdapat jadual, ruang yang berada di sebelah kanan sekali itu adalah responding variables.
  • Constant Variables - kenalpasti alat radas atau bahan-bahan yang sama sepanjang eksperimen dijalankan.
  • Aim (objektif) - biasanya bermula dengan ayat 'To study.....' atau 'To investigate...'
  • Graph - kalau dalam soalan tulis 'draw a graph...' maksudnya anda kena lukis graf yang biasa (sambungkan titik ke titik). Kalau 'draw a bar chart...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang berjauhan antara satu sama lain. Kalau 'draw a histogram...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang rapat antara satu sama lain.
  • Relationship - Gunakan semula ayat daripada soalan. Contohnya, 'What is the relationship between the height of the seedling and time?' Jawapannya, 'When the time increases, the height of the seedling increases/decreases (bergantung kepada graf)'
BAHAGIAN B:
  • Untuk bahagian ini, biasanya ditanya tentang Function, State, Method, Name, Effect.
BAHAGIAN C:
  • Wajib jawab soalan 10 (merancang eksperimen) dan salah satu daripada soalan 11 atau 12.
  • Soalan 10 biasanya diberi tentang satu pernyataan (statement) dan anda perlu menulis:
  • (i) Hipotesis - Kaitkan antara manipulated variable dan responding variable.
  • (ii) Aim - Mulakan dengan ayat 'To study...' dan salin daripada pernyataan yang diberikan.
  • (iii) Variables - kena tulis ketiga-tiga variables.
  • (iv) Apparatus and materials - kenalpasti semua alat radas dan bahan yang digunakan.
  • (v) Procedure - Digalakkan melukis gambar rajah berlabel sebab ia boleh membantu mendapatkan markah.
  • (vi) Data - Buat jadual yang mengandungi Manipulated variable (ruang sebelah kiri jadual) dan Responding variable (ruang sebelah kanan jadual). Ingat! Jangan isikan ruangan hasil eksperimen.

No comments:

Post a Comment