Thursday 25 April 2013

OK, dah ngantuk sangat2... tadi menghadiri Seminar Kecemerlangan Biologi di JPNJ...
Selamat malam...
esok2 saya update lagi blog okay...
byeee

HARI LAHIR CIKGU HANIE KE 29 PENUH KENANGAN...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29 CIKGU HANIE ...
(ucapan untuk diri sendiri, heheheee...)

Hari lahir yang ke 29, pada 21 APRIL 2013 penuh sambutan double barrel...

20 APRIL 2013, Malam sebelum hari lahir, abah mama tersayang  belanja makan KFC kat KFC Wangsa Maju bersama adik2, suami dan anak2...

21 APRIL 2013. Malam hari lahir, suami tercinta belanja makan Seafood, pastu ada pulak kumpulan charity nyanyikan lagu Happy Birthday... waaahhhh, terharu okay...

22 April 2013, Pn rozita, ketua bidang Sains dan Matematik belanja kek hari jadi, beserta pembantu2 makmal, kak siti, wana dan en. zul.....

23 April 2013, suprise party by 5 zamrud 2013... so sweet... semuanya terakam indah dalam lipatan kenangan...

Terima kasih semua... Can't imagine my life without you guys... So lucky to have you in my life...

20 APRIL 2013









21 APRIL 2013






22 APRIL 2013













22 APRIL, SUPRISE PARTY BY 5 ZAMRUD...
I WILL UPLOAD LATER...
SPECIAL PUBLISH...HEHEE... TQ ALLAH...

PROGRAM BICARA ILMU, SMK DATO ONN.

PROGRAM BICARA ILMU, SMK DATO ONN.

TARIKH     :  18 APRIL 2013
HARI          :   KHAMIS
MASA        : 7.20 PAGI

PENGISIAN...

1) Pembentangan perkongsian ilmu oleh Pn. Azarena Amin.
    Tajuk   : Sahabat Sejati

2)  Taklimat Pengurusan Buku Kedatangan Pelajar oleh Pn Roziah Tawil.


Berikut adalah gambar sekitar majlis...
Muka-muka ceria yang melupakan bebanan kerja buat seketika..hehee...
Bersama sahabat2 sejati...
Semoga ikatan kekal abadi...









Saturday 13 April 2013

Kursus Bina Item di SMK Tun Sardon, batu pahat

KURSUS PEMBINAAN ITEM SAINS SPM 2013 ANJURAN PPD BATU PAHAT.

TEMPAT : SMK TUN SARDON, BATU PAHAT.

TARIKH : 13 APRIL 2013



Sibuk sangat tangkap gambar orang, terlupa nak tangkap gambar sendiri... hehe
Berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung. Gambar semasa bengkel membina soalan tidak dapat diambil kerana sibuk menyiapkan tugasan...

Hasil daripada kursus...
1) Guru-guru mempelajari cara membina item sains spm kertas 1 dan 2 mengikut format yang ditentukan 
     oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
2) Guru-guru dapat membina item yang yang betul mengikut JSI yang telah disediakan.
3) Mendapat kenalan baru dari sekolah-sekolah lain yang terlibat.
4) Merapatkan silaturrahim antara guru-guru sains Batu Pahat.




Barisan peserta-peserta kursus.....









Shila amzah... lagu - aku yang tersakiti...

http://www.youtube.com/watch?v=aGLlG9L5Y3Q&list=PLm5OUB7DnATeYbNvSqzxJQ-1Tul9Pfq2b
Penyakit Batu Karang...

     



Batu karang berlaku apabila mineral di dalam air kencing menjadi sangat pekat dan bertukar menjadi kristal. Menurut laporan dari Kidney Stone Web Site, apabila anda telah mempunyai batu karang, terdapat sehingga 70% hingga 80% peluang penyakit batu karang anda akan berulang. Walaupun punca-punca tertentu yang boleh menyebabkan penyakit batu karang berulang tidak diketahui, namun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkat risiko tersebut.


Umur, Jantina & Etnik

Faktor-faktor seperti umur, jantina dan etnik boleh menyumbang kepada kekerapan pembentukan batu karang. Anda yang pernah mempunyai batu karang pada usia muda, adalah lebih cenderung untuk mempunyai batu karang berulang.
Selain itu faktor jantina juga boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang berulang. Golongan lelaki adalah lebih berisiko untuk mempunyai batu karang berbanding golongan wanita.
Risiko lelaki mempunyai batu karang akan meningkat dengan lebih ketara selepas menjangkau umur 40-an dan akan terus meningkat apabila menjangkau umur 70-an. Risiko batu karang untuk golongan wanita pula biasanya akan menurun apabila mencapai usia 50-an.
Dan faktor terakhir adalah faktor keturunan yang memainkan peranan  penting dalam pembentukan semula batu karang. Orang-orang Kaukasia adalah lebih cenderung mempunyai batu karang berbanding etnik-etnik lain.
     

Pengambilan Cecair Yang Tidak Mencukupi

Salah satu faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan batu karang berulang ialah pengambilan jumlah cecair yang tidak mencukupi.
Sekiranya anda berterusan kurang meminum air, in akan mengurangkan jumlah air kencing dan akan meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing yang menyebabkan pembentukan karang, sekaligus akan meningkatkan pembentukan batu karang berulang.

Jangkitan & Keadaan

Kekerapan berlakunya jangkitan pada saluran kencing anda boleh meningkatkan risiko pembentukan jenis-jenis tertentu batu karang.
Lain-lain keadaan perubatan pula ialah seperti asid reflux, penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan usus, penyakit buah pinggang fibrosis, penyakit usus dan penyakit tulang adalah keadaan yang dikaitkan dengan peningkatan pembentukan batu karang berulang.

Gangguan Keturunan

Gangguan keturunan yang tertentu yang berlaku di dalam keluarga boleh meningkatkan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Salah satu penyakit keturunan yang jarang ialah renal tubular acidosis, iaitu peningkatan asid dalam urin, yang membantu dalam pembentukan batu karang.
Cystinuria pula adalah satu keadaan gangguan metabolik yang diwarisi yang mengakibatkan peningkatan tahap cystine di dalam darah dan urin, yang menjadi punca pembentukan batu karang cystine.
Satu lagi jenis gangguan metabolik keturunan ialah hyperoxaluria, iaitu peningkatan tahap garam oxalate di dalam badan, yang bergabung dengan kalsium dan membentuk batu karang. 
Hypercalciuria pula boleh menyebabkan peningkatan kalsium dan akan berkumpul di dalam badan dan akan meningkatkan kekerapan pembentukan batu karang. Manakala hyperuricosuria pula akan meningkatkan tahap asid urik di dalam air kencing, yang membawa kepada pembentukan batu karang asid urik.
Cikgu juga nak kongsikan Pembentukan Batu Asid Urik dalam badan.

Pembentukan Batu Asid Urik dalam badan
Batu asid urik terbentuk dari kepekatan asid urik yang tinggi dalam air kencing berasid (pH rendah). Pada pH yang rendah mendapan asid urik senang terbentuk.Berbeza dengan batu kalsium yang perlu operasi pembedahan, batu jenis ini boleh “dilarutkan” dengan rawatan perubatan yang sesuai. Punca asid urik tinggi kencing boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tabiat pemakanan yang berprotein tinggi yang boleh menghasilan asid urik yang tinggi.
Kaedah rawatan termasuk meningkatkan pH air kencing dengan mineral kalium sitrat yang beralkali (membuat air kencing kurang berasid) di samping meningkatkan pembuangan air. Selepas ditelan, unsur sitrat akan ditukar menjadi bikarbonat yang meningkatkan pH air kencing. Selain daripada itu, ubat gout allopurinol turut digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid urik oleh tubuh.
Kadar asid urik tinggi dalam air kencing atau Hyperuricosuria juga boleh menyebabkan pembentukan batu kalsium. Salah satu sebabnya adalah mungkin bahawa asid urik kecil menggalakkan pembentukan kristal, namun hipotesis ini belum dipastikan. Kristal ini kemudian akan membentuk biji yang kristal kalsium yang akan terus bertumbuh.
Kemungkinan lain adalah bahawa asid urik terlarut menyebabkan kalsium oksalat untuk mengendapkan ke kristal dan batu. Walau apapun, perubahan cara hidup dan tabiat makan untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam badan merupakan aspek penting dari pencegahan gout.
Assalamualaikum semua...

Dah lama sangat Cikgu tak post kat dalam blog ni...
Bz sangat dengan tugasan harian, hingga terlupa nak "Sharing is Caring" dengan semua...

Post kali ni cikgu nak kongsi jangkitan2 yang berlaku pada sistem perkumuhan...
(since sekarang form 5 tengah belajar tajuk Coordination and response kan...)
so, harap2 ia dapat menambah pengetahuan kita sedikit sebanyak...have fun


Jangkitan saluran air kencing



Bagi individu yang sihat, air kencing yang terdapat didalam pundi kencing adalah dalam bentuk sterile iaitu tiada bakteria ataupun organisma-organisma yang boleh mengakibatkan jangkitan didalam air kencing tersebut. Begitu didalam saluran kencing yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing keluar dari tubuh badan  juga tidak mengandungi bakteria atau terlalu sedikit yang boleh menyebabkan sebarang jangkitan. Walau bagaimanapun mana-mana bahagian saluran air kencing boleh mendapat jangkitan dan ia disebut sebagai jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infection-UTI).

Punca-punca jangkitan saluran air kencing
  • Jangkitan saluran air kencing biasanya berpunca daripada bakteria, virus, kulat, dan parasit.
  • Jangkitan yang bermula daripada hujung saluran urethra seperti dihujung zakar bagi lelaki dan dihujung vulva bagi perempuan.
  • Jangkitan daripada aliran darah yang biasanya terus ke buah pinggang.
  • Jangkitan bakteria daripada usus atau vagina.

jangkitan bakteria
Biasanya bakteria jenis Escherichia coli merupakan punca utama jangkitan pada saluran kencing dan pundi kencing. Bakteria jenis Proteus pula mudah membiak apabila seseorang itu mempunyai batu karang.

Jangkitan virus
Virus jenis herpes simplex type 2 (HSV-2) boleh menjangkiti saluran urethra dan menyebabkan penyakit jangkitan saluran air kencing. Gejalanya adalah rasa sakit ketika buang air kecil dan sukar untuk mengosongkan pundi kencing.

Jangkitan kulat
Sesetengah kulat atau yis boleh menjangkiti saluran air kencing. Salah satu jenisnya adalah Candida yang menyebabkan Candidiasis. Paling jarang berlaku adalah jangkitan daripada kulat jenis Blastomyces yang menyebabkan blastomycosis dan juga kulat jenis Coccidioides yang menyebabkan cidiomycosis. Kedua-dua kulat ini menyebabkan jangkitan saluran kencing. Kulat dan bakteria boleh menjangkiti buah pinggang dalam masa yang sama.

Jangkitan parasit
Pelbagai jenis parasit termasuklah sesetengah jenis cacing boleh menjangkiti saluran kencing. Penyakit seperti Trichomoniasis merupakan contoh penyakit yang terjadi akibat jangkitan parasit mikroskopik.  Selain daripada itu ia juga boleh mengakibatkan inflamasi prostat (prostatitis), Schitosomiasis (akibat cacing) boleh melibatkan buah pinggang, ureter dan pundi kencing, ia boleh mengakibatkan kanser pundi kencing jika berlaku secara terus menerus. Selain daripada itu parasit yang menyebabkan penyakit malaria boleh memusnahkan salurah darah halus (glomeruli) buah pinggang atau memusnahkan sel darah merah secara berterusan hingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut.

Jenis-jenis penyakit jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infections-UTI)

Urethritis

Jangkitan pada urethra iaitu saluran air kencing yang mengalirkan air kencing keluar daripada pundi kencing.

Punca
Jangkitan bakteria, kulat atau virus. Bagi orang perempuan organisma tersebut datang daripada vagina atau daripada usus kemudian terus ke vagina melalui anus. Bagi lelaki dan perempuan, jangkitan boleh berlaku akibat hubungan seks.

Gejala
  • Kesakitan ketika buang air kecil.
  • Kerap buang air kecil dan tergesa-gesa.
  • Rasa seperti air kencing berasid dan sakitnya panas membakar.
  • Bagi orang lelaki, keluar cecair yang mengandungi nanah bewarna hijau kekuningan.
Komplikasi
Jangkitan gonorrhea jika tidak dirawat boleh menyempitkan saluran urethra dan ia menyebabkan jangkitan turut boleh merebak hingga ke pundi kencing (Cystitis) ataupun hingga ke buah pinggang (Pyelonephritis). Ia juga boleh menyebabkan pengumpulan nanah (bisul) sekitar urethra. Apabila bisul terjadi pada dinding urethra ia akan membentuk urethral diverticula. Bisul tersebut boleh menghasilkan lubang pada dinding urethra dan mengakibatkan air kencing mengalir keluar menerusi lubang tersebut yang dikenali sebagai urethral fistula.

Cystitis

Jangkitan pada pundi kencing iaitu kantung (pundi) yang mengumpulkan air kencing. Penyakit ini kerap berlaku pada perempuan berbanding lelaki.

Punca

Perempuan

Biasanya bagi perempuan jangkitan tersebar dari dubur.
  • Mudah mendapat jangkitan kerana jarak urethra dengan vagina terlalu dekat.
  • Jangkitan berlaku sama ada daripada vagina, atau daripada anus (lubang punggung) yang dekat dengan vagina.
  • Hubungan seksual turut memainkan peranan dalam menyebarkan jangkitan terutamanya apabila berlaku kecederaan pada urethra dan menyebabkan terbentuknya bakteria dan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Wanita hamil cenderung mendapat jangkitan apabila ketika hamil mereka sukar untuk mengosongkan pundi kencing.
  • Terdapat juga masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku atau terjadi lagi seperti penyakit vesicovaginal fistula iaitu terdapat sambungan yang tidak normal antara pundi kencing dan juga vagina. Namun ia jarang berlaku.
  • Uterus yang terjatuh boleh menganggu pundi kencing dimana ia akan mengakibatkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing dan meningkatkan kecenderungan dan risiko mendapat jangkitan pada pundi kencing.

Lelaki
  • Jangkitan biasanya bermula daripada urethra dan merebak hingga ke prostat, kemudian jangkitan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Cytitis mudah berlaku dan kerap berulang jika seseorang itu kerap mengalami jangkitan pada prostat.
  • Jangkitan pada pundi kencing juga boleh berpunca daripada alat-alat diagnosis dan pembedahan.
  • Aliran air kencing yang tersekat akibat batu karang, prostat membesar dan sebagainya boleh menyebabkan air kencing yang telah terkena jangkitan berkumpul pada bahagian tersebut.

Bagi lelaki dan perempuan, masalah seperti vesicoenteric fistula iaitu sejenis sambungan abnormal yang terbentuk di antara pundi kencing dengan usus boleh menyebabkan udara serta bakteria yang boleh menghasilkan gas terlepas dan masuk ke dalam pundi kencing. Bakteria ini kemudian membiak di dalam pundi kencing. Apabila seseorang itu buang air kecil akan kelihatan air kencingnya berbuih-buih (Pneumaturia). Selain daripada itu, pundi kencing boleh meradang (inflamasi) tanpa tanda-tanda jangkitan. Ia disebut sebagai interstital cystitis)

Gejala
  • Kerap buang air kecil terutamanya waktu malam (nocturia) dan tergesa-gesa untuk buang air kecil.
  • Rasa kesakitan seperti panas membakar.
  • Air kencing biasanya keruh dan mengandung
  • Adakalanya disertai dengan demam.
  • Rasa sakit boleh dirasai pada bahagian bawah pusat dan juga dibahagian belakang badan.


Ureteritis

Ureteritis adalah keadaan dimana salah satu atau kedua-dua ureter iaitu tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing mengalami jangkitan.

Punca
Jangkitan biasanya berlaku dan merebak dari buah pinggang atau pundi kencing.
Aliran air kencing yang terlalu perlahan akibat gangguan saraf pada bahagian ureter.

Pyelonephritis

Keadaan dimana berlakunya jangkitan pada salah satu buah pinggang atau kedua-duanya sekali. Ia biasanya berlaku pada golongan perempuan berbanding lelaki.

Punca
  • 90% daripada punca pyelonephritis adalah dari bakteria Escherichia coli yang boleh dijumpai dalam usus besar.
  • Jangkitan biasanya bermula dari bahagian kemaluan, kemudian ke urethra, seterusnya naik hingga ke pundi kencing hinggalah ke ureter dan buah pinggang.
  • Bagi individu yang mempunyai saluran atau aliran air kencing yang normal, sebarang organisma yang terdapat didalam sistem ini akan dibersihkan apabila berlaku aliran air kencing. Namun bagi individu yang mempunyai masalah dalam sistem ini seperti penyumbatan saluran air kencing, batu karang, masalah prostat dan lain-lain akan menyukarkan pembersihan saluran air kencing apabila aliran air kencing terganggu.
  • Jangkitan buah pinggang juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bahagian lain seperti jangkitan kulit akibat Staphylococal dimana jangkitan ini akan merebak melalui aliran darah ke buah pinggang.

Risiko
Bagi mereka yang mempunyai masalah penyumbatan saluran ureter, kencing manis, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah serta perempuan hamil boleh meningkatkan lagi risiko penyakit.

Gejala
Demam
Sakit-sakit badan terutamanya pada bahagian bawah.
Loya dan muntah-muntah
Kerap buang air kecil
Rasa sakit ketika buang air kecil
Jika tidak dirawat, risko jangkitan pada bahagian atau organ lain bertambah, pembentukan batu karang dan kerosakan buah pinggang.

Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buat pemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia juga boleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlah senaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.