Saturday 13 April 2013

Penyakit Batu Karang...

     



Batu karang berlaku apabila mineral di dalam air kencing menjadi sangat pekat dan bertukar menjadi kristal. Menurut laporan dari Kidney Stone Web Site, apabila anda telah mempunyai batu karang, terdapat sehingga 70% hingga 80% peluang penyakit batu karang anda akan berulang. Walaupun punca-punca tertentu yang boleh menyebabkan penyakit batu karang berulang tidak diketahui, namun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkat risiko tersebut.


Umur, Jantina & Etnik

Faktor-faktor seperti umur, jantina dan etnik boleh menyumbang kepada kekerapan pembentukan batu karang. Anda yang pernah mempunyai batu karang pada usia muda, adalah lebih cenderung untuk mempunyai batu karang berulang.
Selain itu faktor jantina juga boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang berulang. Golongan lelaki adalah lebih berisiko untuk mempunyai batu karang berbanding golongan wanita.
Risiko lelaki mempunyai batu karang akan meningkat dengan lebih ketara selepas menjangkau umur 40-an dan akan terus meningkat apabila menjangkau umur 70-an. Risiko batu karang untuk golongan wanita pula biasanya akan menurun apabila mencapai usia 50-an.
Dan faktor terakhir adalah faktor keturunan yang memainkan peranan  penting dalam pembentukan semula batu karang. Orang-orang Kaukasia adalah lebih cenderung mempunyai batu karang berbanding etnik-etnik lain.
     

Pengambilan Cecair Yang Tidak Mencukupi

Salah satu faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan batu karang berulang ialah pengambilan jumlah cecair yang tidak mencukupi.
Sekiranya anda berterusan kurang meminum air, in akan mengurangkan jumlah air kencing dan akan meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing yang menyebabkan pembentukan karang, sekaligus akan meningkatkan pembentukan batu karang berulang.

Jangkitan & Keadaan

Kekerapan berlakunya jangkitan pada saluran kencing anda boleh meningkatkan risiko pembentukan jenis-jenis tertentu batu karang.
Lain-lain keadaan perubatan pula ialah seperti asid reflux, penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan usus, penyakit buah pinggang fibrosis, penyakit usus dan penyakit tulang adalah keadaan yang dikaitkan dengan peningkatan pembentukan batu karang berulang.

Gangguan Keturunan

Gangguan keturunan yang tertentu yang berlaku di dalam keluarga boleh meningkatkan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Salah satu penyakit keturunan yang jarang ialah renal tubular acidosis, iaitu peningkatan asid dalam urin, yang membantu dalam pembentukan batu karang.
Cystinuria pula adalah satu keadaan gangguan metabolik yang diwarisi yang mengakibatkan peningkatan tahap cystine di dalam darah dan urin, yang menjadi punca pembentukan batu karang cystine.
Satu lagi jenis gangguan metabolik keturunan ialah hyperoxaluria, iaitu peningkatan tahap garam oxalate di dalam badan, yang bergabung dengan kalsium dan membentuk batu karang. 
Hypercalciuria pula boleh menyebabkan peningkatan kalsium dan akan berkumpul di dalam badan dan akan meningkatkan kekerapan pembentukan batu karang. Manakala hyperuricosuria pula akan meningkatkan tahap asid urik di dalam air kencing, yang membawa kepada pembentukan batu karang asid urik.

No comments:

Post a Comment