Saturday, 9 February 2013

Tips penjagaan wajah


Tips penjagaan wajah

Penjagaan muka adalah penting tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Muka yang bersih, bebas jerawat dan tidak berminyak pastinya diimpikan oleh setiap antara kita. Malah secara tidak langsung muka yang bersih akan membuat kita lebih yakin dan berketrampilan bila berhadapan dengan orang.
Krim-krim penjagaan muka yang di jual di pasaran adakalanya agak mahal dan bukan semua orang mampu membelinya. Ada juga yang mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit wajah seseorang. Namun itu bukan alasan untuk kita mengabaikan penjagaan wajah kita.
Untuk entri ini, puteri nak share ngan korang beberapa tips penjagaan muka yang menggunakan bahan-bahan yang boleh di dapati di dapur kita.
MENCERAH, MENGHALUS DAN MELICINKAN KULIT.
Ambil sebiji timun (dibuang kulit) kemudian kisarkan. Selepas itu tapiskan dan sapu ke kulit muka. Kemudian biarkan sekurang-kurangkan 20 minit. Lepas itu basuh muka dengan air. Seeloknya di amalkan sebelum tidur.
Atau korang juga boleh menggunakan kentang yang dikupas kulitnya dan dibasuh sehingga bersih. Campurkan dengan putih telur dan lumurkan pada muka. Biarkan kering. Lepas itu baru basuh dengan air.
Atau korang juga boleh gunakan air beras. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak beberapa sudu. Lumurkan ke muka ketika ia masih suam. Biarkan kering dan basuh sehingga bersih.
TANGANI MASALAH JERAWAT & HILANGKAN PARUT JERAWAT
Beras pulut di kisarkan. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan serbuk yang halus. Ambil sedikit serbuk yang telah di tapis tadi dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh sehingga bersih. (Boleh juga di gantikan dengan kacang hijau)
Tips ini mudah diamalkan cuma perlukan kerajinan dalam diri. Yang penting pastikan kita minum air yang secukupnya setiap hari agar kulit wajah tidak kering dan kusam.
Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah.



No comments:

Post a Comment